CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 14, 2008

MY PICTURE..

Wednesday, August 13, 2008

di PWTC

Tuesday, August 12, 2008

my lovely family...

Wednesday, August 6, 2008

Monday, July 28, 2008

assigment CSC 3083



Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat coca cola (The Coca-Cola Company dari Atlanta, Georgia, A merika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangan. Dicipta sebagai ubat paten pada hujungabad ke-19 ,Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawan Asa Griggs Candle, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke berjaya mendominasi pasaranminuman bergas di seluruh dunia padaabad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.
Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Wordruff , syarikat ini telah menghebahkan bahawa rumusan minuman Coca-Cola merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja. Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali "7X" yang selama ini dianggap sebagai komponen kamiran untuk Coca Cola. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui "X" itu merujuk kepada apa — walaupun adalah dipercayai pekerja Coca Cola mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik keatas resipi Coca-Cola. Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahi sains pemakanan — melalui kaedah analisis yang moden — mampu mengenalpasti komposisi produknya, satu fakta yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa yang menyatakan resipi asal Coca Cola mengandungi kekacang mongolia, dan pada pertengahan 80-an apabila rahsia ini dibongkar oleh kerajaan Mongolia, mereka telah menaikkan harga komoditi ini.(Coca Cola telah membeli kekacang mongolia secara senyap melalui beberapa pengedar). Akibatnya, Coca Cola terpaksa menggantikannya dengan kekacang mongolia tiruan. Selepas itu, sama ada disebabkan usaha mereka untuk membuat keuntungan apabila ramuan rahsia mereka menjadi semakin mahal, atau perisa tiruan mereka tidak menjadi (dan syarikat ini memerlukan lebih masa agar orang ramai melupakan rasa Coca-Cola yang sebenar), 'Coke' yang baru telah diperkenalkan.
Pengeluaran dan pengedaran Coca-Cola adalah mengikut model francais, Syarikat Coca-Cola hanya menghasilkan sari sirap yang dijual kepada pelbagai pembotol yang memegang francaisnya di seluruh dunia. Para pembotol ini menghasilkan minuman siap dengan mencampurkan sari sirap dengan air turas dan gula (ataupun pemanis buatan). Selepas mengisikan minuman dalam tin dan botol, mereka akan menjual dan mengedarkannya kepada kedai runcit, restoran,mesin layan diri, dan pengedar perkhidmatan makanan. Biasanya, pembotol-pembotol juga dikehendaki bertanggungjawab untuk kesemua pengiklanan dan promosi jualan di dalam kawasan mereka.
Syarikat Coca-Cola merupakan pemilik saham minoriti bagi beberapa pembeli francais yang terbesar, seperti CocaCola Enterprises dan CocaCola FEMSA, tetapi hampir setengah daripada jumlah jualan sejagat adalah dihasilkan oleh pembotol-pembotol yang sepenuh bebas.
Oleh sebab gula dan pemanis ditambahkan oleh pembotol, kemanisan minuman Coca-Cola telah dikatakan berbeza-beza dari satu kawasan ke satu kawasan supaya dapat menyesuaikan rasa minuman kepada rasa orang tempatan.
Sebahagian besar Logotip Coco-Cola yang termasyhur telah dikatakan dicipta oleh Frank Mason Robinson, rakan kongsi John Pemberton, pada tahun 1885. Adalah Robinson yang memberikan nama kepada minuman ini, dan beliau juga memilih askara kursif yang tersendiri untuk logo itu. Muka taip yang digunakan merupakan askara Spencer telah diperkembangkan pada pertengahan abad ke-19 dan digunakan untuk tulisan tangan yang rasmi di Amerika Syarikat pada waktu itu.
Botol Coca-Cola yang serupa termasyhur, dan digelarkan "botol kontur" dalam syarikat, telah dicipta oleh Alexander Samuelsson, bekas peniup kaca Sweden yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1880-an. Beliau digajikan sebagai pengurus Syarikat Root Glass di Terre Haute Indiana yang merupakan salah satu daripada pembekal botol Coca-Cola. Menurut legenda, selepas menerima pesanan untuk botol yang benar-benar tersendiri daripada pembotol Benjamin F. Thomas, Samuelsson memutuskan untuk menentukan adakah bentuk kedua-dua bahan di belakang nama produk (iaitu, koka dan kekeras kola) dapat bertindak sebagai ilham. Beliau mencari dalam Eksiklopedia Brintanica dan dengan cepatnya terpaksa menyingkirkan gagasan itu. Bagaimanapun, beliau masih menyelak-nyelak halaman sewaktu ternampak sebuah gambar lenggai koko, dengan bentuk kembung serta alur tersendiri.
Pada November 1915, Syarikat Root Glass mempatenkan reka bentuk botol itu, dan memulakan pengeluaran pada tahun 1916. Telah dikatakan bahawa pemilik Syarikat Root Glass menjadi salah seorang yang terkaya di Indiana oleh sebab botol ini, sedangkan Samuelsson tidak mendapat apa-apa selain daripada gaji biasanya. ia juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat..

Wednesday, July 23, 2008

INGATKU BILA BERJAUHAN.

DOA PERPISAHAN..


Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi
Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku tetap Pergi Jua

c/o
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini.
Teruskan Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap WaktuTanda
Kemesraan Bersimpul Padu
KenangkuDi Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

AMAZING SPRAY PAINTING