Thursday, August 14, 2008
Wednesday, August 13, 2008
Tuesday, August 12, 2008
Wednesday, August 6, 2008
Monday, July 28, 2008
assigment CSC 3083
Syarikat Coca-Cola merupakan pemilik saham minoriti bagi beberapa pembeli francais yang terbesar, seperti CocaCola Enterprises dan CocaCola FEMSA, tetapi hampir setengah daripada jumlah jualan sejagat adalah dihasilkan oleh pembotol-pembotol yang sepenuh bebas.
Oleh sebab gula dan pemanis ditambahkan oleh pembotol, kemanisan minuman Coca-Cola telah dikatakan berbeza-beza dari satu kawasan ke satu kawasan supaya dapat menyesuaikan rasa minuman kepada rasa orang tempatan.
Botol Coca-Cola yang serupa termasyhur, dan digelarkan "botol kontur" dalam syarikat, telah dicipta oleh Alexander Samuelsson, bekas peniup kaca Sweden yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1880-an. Beliau digajikan sebagai pengurus Syarikat Root Glass di Terre Haute Indiana yang merupakan salah satu daripada pembekal botol Coca-Cola. Menurut legenda, selepas menerima pesanan untuk botol yang benar-benar tersendiri daripada pembotol Benjamin F. Thomas, Samuelsson memutuskan untuk menentukan adakah bentuk kedua-dua bahan di belakang nama produk (iaitu, koka dan kekeras kola) dapat bertindak sebagai ilham. Beliau mencari dalam Eksiklopedia Brintanica dan dengan cepatnya terpaksa menyingkirkan gagasan itu. Bagaimanapun, beliau masih menyelak-nyelak halaman sewaktu ternampak sebuah gambar lenggai koko, dengan bentuk kembung serta alur tersendiri.
Pada November 1915, Syarikat Root Glass mempatenkan reka bentuk botol itu, dan memulakan pengeluaran pada tahun 1916. Telah dikatakan bahawa pemilik Syarikat Root Glass menjadi salah seorang yang terkaya di Indiana oleh sebab botol ini, sedangkan Samuelsson tidak mendapat apa-apa selain daripada gaji biasanya. ia juga sesuai untuk semua lapisan masyarakat..
Posted by ABOUT ME.. at 7:41 PM 0 comments
Wednesday, July 23, 2008
INGATKU BILA BERJAUHAN.
DOA PERPISAHAN..
Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi
Di Atas Jalinan Yang Suci
Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku tetap Pergi Jua
c/o
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu
Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini
"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama.
Semoga Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini.
Teruskan Perjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap WaktuTanda
Kemesraan Bersimpul Padu
KenangkuDi Dalam Doamu
Semoga Tuhan Berkatimu
Posted by ABOUT ME.. at 7:57 PM 0 comments